Page 10 - Destinasi Ebook
P. 10
PANTAI
TIMANG
P
antai timang yang terkenal dengan keunikannya
berbanding pantai-pantai yang ada di Gunung Kidul,
Jogjakarta terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian
pertama yang berada di sebelah timur merupakan pantai
berpasir putih manakala, bahagian kedua yang berada di
sebelah barat merupakan bukit berbatu yang curam yang
terbentuk daripada kumpulan bongkah batu karang
besar yang menyatu dengan laut.
Apa yang lebih menarik berbanding pantai dan
bongkahan batu karang, ialah gondola kayu yang digunakan
bagi menyeberang dari bahagian pertama pantai ke bahagian
kedua. Tambahan pula, gondola kayu ini dibina oleh
penduduk tempatan dan memerlukan tenaga manusia
untuk mengerakkan gondola tersebut ke sebelah pantai.
Pada awalnya, gondola tersebut digunakan sebagai
kenderaan bagi penduduk setempat untuk menyeberang ke
bahagian kedua pantai untuk berburu udang karang kerana
ia merupakan habitat udang karang. Namun, setelah pantai
ini menjadi tumpuan pelancong lantaran keunikan
gondola kayu tersebut, gondola tradisional itu
dijadikan objek tarikan pelancong.
ISI HATI PENULIS
“Akhirnya aku ada disini. Di hujung tebing
ketakutan. Yang semakin curam dan berbatu.
Dengan raungan ombak-ombak besar. Masih
tak sedarkah kau? Aku ketakutan! Adakah ini
penghujung keindahan yang akan kunikmati?
Semoga masih ada sinar untukku kembali
semula ke sini.” -IZZAH-
Jogja 8 D ESTINASI