Page 11 - Destinasi Ebook
P. 11
Keekstreman aktiviti ini ditambah pula dengan
ombak yang sangat besar dan terkena pada badan
peserta Running Man, menimbulkan keseronokan
berganda kerana peserta dapat menguji tahap keberanian
mereka. Tambahan pula, selepas menyeberangi bahagian
pantai ini, peserta Running Man tidak ketinggalan
untuk merasa udang karang yang disediakan digerai
berdekatan memandangkan pantai ini merupakan
habitat udang karang yang terkenal.
Gondola tradisional ini boleh mengangkut
pengunjung yang datang dengan jarak sejauh 200
meter dan dengan ketinggian 9 hingga 11 meter dari
permukaan laut. Selain gondola, terdapat jambatan
gantung yang menghubungkan kedua-dua bahagian
pantai ini. Pengunjung bebas memilih untuk
menyeberangi pantai dengan menaiki gondola atau
berjalan kaki melalui jambatan gantung tersebut.
Keindahan dan keunikan pantai ini menarik
rancangan televisyen Korea Selatan, Variety Top
Show Running Man ke sini. Pantai ini dipilih sebagai
lokasi untuk menjalankan hukuman bagi peserta
rancangan televisyen tersebut yang mana, Lee
Kwang Soo dan Jeon So Min selaku peserta diarah
menyeberangi pantai tersebut dengan mengunakan
gondola kayu tersebut.
8 Jogja 9 D ESTINASI