Page 20 - Destinasi Ebook
P. 20

tambang murah adalah menempah awal tiket penerbangan
                                                              secara online dan tempahan boleh dibuat di laman web
                                                              Skyscanner atau Traveloka. Kedua-dua laman web ini
                                                              melampirkan keseluruhan harga penerbangan dari
                                                              pelbagai syarikat penerbangan untuk  membuat
                                                              perbandingan. Musim yang paling murah untuk
                                                              membeli tiket penerbangan ke Taiwan adalah dari
                                                              November hingga Jun dengan harga promosi RM523
                                                              hingga RM658. Namun begitu, tambang penerbangan
                                                              untuk bulan Julai hingga Oktober lebih mahal kerana
                                                              sempena musim panas pelancongan di Taiwan.
         Kaohsiung Maritime



                            TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TAIWAN





        Ximending
        Ximending merupakan lokasi yang melambangkan
        fesyen dan budaya Jepun. Tempat ini merupakan
        syurga membeli-belah yang digemar oleh golongan
        remaja kerana tempat ini penuh dengan kedai-kedai
        pakaian, restoran, kelab dan bar. Ximending
        ditubuhkan sejak era penjajahan Jepun. Kini, tempat
        ini telah berkembang menjadi ikon budaya dengan
        inspirasi yang diambil daripada akar Jepun.



                                                                                            National Palace Muzium
                                                              National    Palace   Muzium      merupakan     sebuah
                                                              muzium terbaik di dunia. Muzium ini mengumpulkan
                                                              hampir 700,000 buah artifak diraja dan karya seni
                                                              berusia seribu tahun ke atas. Selain itu, pengaruh
                                                              Muslim di sepanjang sejarah China cukup terbukti.
                                                              Mereka  yang  berminat  dalam budaya  dan  sejarah
                                                              China digalakkan untuk melawat ke muzium ini.







        Yangmingshan National Park
        Yangmingshan National Park terletak di bandar Taipei.
        Tarikan tempat ini ialah kepelbagaian mata air
        panas  yang terkenal  di peringkat  antarabangsa  dan
        hidupan  liar, serta laluan mendaki yang indah.
        Tempat-tempat  yang  digemari  oleh  pelancong  di
        Yangmingshan National  Park ialah  Yangming
        Park, Flower Clock, dan Liuhuanggu Sulfur Lake.

        Taiwan                                              18                                              D ESTINASI                                                                 19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25