Page 23 - Destinasi Ebook
P. 23

Namun beliau menghadkan hanya dua hingga empat
        orang boleh melancong bersama-sama kerana jika kuantiti
        lebih daripada empat, akan timbul pelbagai masalah kerana
        setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza.
        Sewaktu mengembara secara berkumpulan, beliau akan
        pergi bersama rakan-rakan karib sejak zaman belajar
        yang  satu  kepala  dengannya  kerana  mereka  telah  lama
        mengenali  hati budi dan perangai masing-masing.

           Bagi bajet pula, Zuwairi lebih selesa dalam bersederhana
        iaitu tidak terlalu sikit dan tidak terlalu mewah. Bajet
        kebiasaan beliau adalah dari RM500 hingga RM1500
        bergantung kepada tempat yang dilawati termasuk harga
        tiket penerbangan pergi dan balik. Jika di negara seperti
        Indonesia  dan Filipina, kosnya lebih  murah.  Namun  kos
        melancong paling tinggi yang pernah digunakan adalah
        sebanya RM3000 semasa melancong ke Jepun kerana kos di
        sana tinggi dan duit Malaysia juga lebih rendah berbanding
        Jepun.

           Apabila  ditanya mengenai kesukaran melancong  ke
        negara  orang,  sebagai  seorang  muslim,  pastinya  mencari
        makanan halal agak sukar di sesuatu tempat yang bukan
        mesra  muslim.  Oleh  itu,  Zuwairi  lebih  gemar  membawa
        makanan  dari  Malaysia  sekiranya  tempat tersebut  bukan
        majoriti  muslim.  “Saya  akan  membawa  makanan  dalam

                                                                 tin seperti jenama Brahim atau Adabi, roti ataupun
                                                                 maggi  dari Malaysia bagi  mengalas  perut. Jika
                                                                 beruntung, saya akan jumpa restoran muslim
                                                                 yang diasaskan oleh penduduk setempat atau
                                                                 orang dari Pakistan, namun, harga makanan amat
                                                                 mahal dan boleh mencecah RM80 sepinggan.”

                                                                    Pengalaman     yang   diperolehinya    sepanjang
                                                                 mengembara ke serata tempat dikongsikan dengan
                                                                 orang ramai melalui blog yang telah dikhaskan iaitu
                                                                 Ayie Kaki Jalan. Pada awalnya, beliau hanya menulis
                                                                 di blog tersebut kerana minat dalam bidang
                                                                 penulisan pada awal tahun 2007. Namun begitu, pada
                                                                 awal 2009, beliau mula menulis blog yang bertujuan
                                                                 berkongsi dengan pembaca mengenai pengalaman
                                                                 beliau  mengembara  serta  berkongsi  maklumat  dan
                                                                 tips-tips di tempat yang pernah dilawatinya. Antara
                                                                 tempat menarik yang pernah dilawati oleh anak muda
                                                                 kelahiran Perlis ini ialah Jepun, Vietnam, Thailand,
                                                                 Singapura, Filipina, Denmark dan Indonesia.
                                                                 Setiap  tempat  memiliki  keunikkan  dan  tarikannya
                                                                 yang tersendiri serta pemandangan indah yang
                                                                 mampu memberi kepuasan terhadap dirinya.


 20     Ikon                                                21                                          D ESTINASI
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28