Page 22 - Destinasi Ebook
P. 22

Nur Nabihah Bt Meera Mydin
                  nabihah9692@gmail.com
        Jika disebut mengenai percutian  pastinya ramai yang terbayang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
        merancang dan bercuti akibat daripada kekangan daripada pelbagai aspek yang dihadapi. Selain itu, bagi yang
        berkerjaya, pastinya keutamaan terhadap kerjaya menyukarkan lagi keadaan. Namun begitu bagi Muhd Zuwairi,
        Bergelar doktor di usia yang muda dan kini bekerja sebagai pensyarah di universiti pengurusan terkemuka,
        Universiti Utara Malaysia menyebabkan beliau tidak terlepas dibebani dengan kerja yang perlu diteruskan.
        N      amun begitu dalam kesibukan yang terpaksa

               dilaluinya, beliau tetap membahagikan masa
               antara kerjaya dan minatnya. Minatnya dalam
               mengembara timbul sewaktu kecil apabila
        beliau sering dibawa berjalan jauh oleh kakanya dan
        ketika berumur 10 tahun, Zuwairi telah mula berdikari
        apabila diberi kepercayaan oleh orang tuanya untuk
        menaiki bas berseorangan dari Perlis ke Melaka.
        Beliau mula aktif mengembara secara  solo atau
        berkumpulan setelah mempunyai pendapatan
        sendiri  dan  diantara 2014 hingga 2017 merupakan
        tahun keemasan baginya kerana banyak tempat telah
        diterokai.


           Sewaktu ditanya apa yang beliau cari sewaktu
        mengembara, Zuwairi menjawab “sebelum melancong ke
        sesuatu tempat, saya akan melihat terlebih dahulu
        pemandangan di kawasan tersebut melalui internet kerana
        itulah kepuasan yang saya cari. Saya ingin menyaksikan
        keindahan kawasan tersebut dengan mata saya sendiri.
        Sebagai contoh, sewaktu di Jogjakarta, saya menaiki tingkat
        empat bangunan Borobudur dan duduk di situ selama
        tiga  jam  tanpa  melakukan  aktiviti  lain  selain menikmati
        pemandangan di kawasan tersebut” jelasnya mengenai
        kepuasan yang dan nilai yang dicari.


           Bagi Zuwairi, walaupun sibuk dengan kerja yang
        perlu diuruskan, beliau tetap mencari masa bagi
        membuat perancangan  awal sebelum ke   sesuatu
        tempat. Perkara pertama yang dilakukan ialah,
        memilih tempat pelancongan yang dikelilingi
        alam serta jauh dari kawasan bandar. Seterusnya,
        beliau akan mengkaji terlebih dahulu tempat tersebut
        dari segi pengangkutan, keselamatan, makanan
        dan sebagainya. Zuwairi turut menyatakan bahawa
        beliau tidak kisah jika mengembara secara solo.
        Ikon                                                20                                          D ESTINASI                                                                     21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27