Page 26 - Destinasi Ebook
P. 26

KUNDASANG





                                              Destinasi Hiburan Keluarga





                    Muhammad Firdaus B. Mohd Azihan
                         firdausazihan@gmail.com


            Bagi yang menggemari percutian yang selesa serta
         jauh dari kesibukan kota metropolitan, Kundasang
         merupakan destinasi percutian keluarga terbaik
         terutamanya bagi yang hanya ingin melancong di
         dalam negara. Selain tu, keadaan iklimnya yang
         berbeza berbanding di semenanjung menjadi tarikan
         para pelancong tidak kira luar mahupun dalam
         negara. Kundasang, Sabah merupakan kawasan
         berbukit yang tinggi serta suhunya yang sejuk
         merupakan  pilihan  terbaik untuk  bercuti dan
         merehatkan minda. Tidak lengkaplah percutian di
         Sabah    sekiranya    tidak   melawat     Kundasang,
         satu-satunya pekan yang terletak berdekatan gunung
         teringgi  di  Asia  Tenggara  iaitu  Gunung  Kinabalu.
            Sosodika Hill merupakan tempat yang sesuai bagi
         pengunjung  yang menggemari  aktiviti lasak seperti
         mendaki     sambil    menempuhi      cabaran     alam   Advanterous Kundasang


                                                                semula jadi sebelum sampai ke puncak dengan
                                                                bayaran  serendah  RM3.  Pendakian  ke  puncak
                                                                bukit Sosodika hanya mengambil masa selama
                                                                20 minit dan setibanya di puncak, pendaki akan
                                                                disajikan dengan pemandangan yang memukau.
                                                                Dari puncak bukit Sosodika di bahagian sebelah
                                                                utara, pendaki dapat menikmati pemandangan
                                                                Gunung Kinabalu dan di sebelah selatan pula,
                                                                terhampar luas pemandangan bukit bukau yang
                                                                menghijau. Tempat tarikan seterusnya di kawasan
                                                                Kundasang ialah Sungai Moroli Ikan Tagal kampung
                                                                Luanti. Di sini, ikan-ikan merupakan sahabat bagi
                                                                pengunjung  kawasan  tersebut. Pengunjung  yang
                                                                bermandi-manda di Sungai Morali berpeluang untuk
                                                                bermain bersama-sama Ikan Tagal dan fungsi
                                                                utamanya ialah membuang sel-sel kulit mati yang
                                                                terdapat di bahagian tubuh badan. Penggemar
                                                                haiwan  juga boleh  memenuhkan jadual
          NikGold Garden Resort                                 pengembaraan anda dengan berkunjung ke
                                                                Kampung Arnab Kundasang. Di sini, pengunjung
                                                            24                                            D ESTINASI                                                                   25
        Kudasang
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31