Page 116 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 116
P PE EN ND DA AH HU UL LU UA AN N
Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) memberi tumpuan khusus kepada diri murid dan kepada guru,
ibu bapa/penjaga dan agensi luar. Dengan itu, perkembangan diri murid seperti mana diharapkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dicapai dan dimurnikan dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan dunia globalisasi. Diharapkan, sebagai pemimpin masa hadapan, murid
dapat dididik dengan secara menyeluruh.
D DA AS SA AR R H HA AL L E EH HW WA AL L M MU UR RI ID D
1. MOTO: Memperkukuh Sahsiah & Membina Jati Diri
2. Pengurusan Disiplin Murid
2.1 Semua guru adalah “Guru Disiplin” dan bertanggungjawab melaksanakan tugas
mendisiplinkan dan membentuk sahsiah terpuji murid seperti menegur,
menasihat,memberi amaran dan membuat laporan kepada Guru Disiplin, Penolong
Kanan HEM atau Pengetua dengan kadar segera.
2.2 Semua guru seharusnya bijak menangani sebarang salah laku murid secara
berhemah. Salah laku murid dalam kategori ringan yang perlu ditangani hendaklah
dimulakan dengan peringkat nasihat, amaran dan sekiranya berlanjutan hendaklah
dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM / Pengetua pada kadar segera.
2.3 Guru Disiplin dikehendaki merekodkan setiap salahlaku disiplin murid dalam
buku/borang kesalahan disiplin murid, dan setiap bulan rumusan kesalahan disiplin
perlu diserahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk disemak.
2.4 Rekod salah laku murid yang dikemaskini dan mudah diakses digunakan sebagai
sumber rujukan dan sumber laporan pihak sekolah.
2.5 Kawalan disiplin berteraskan undang-undang, peraturan dan buku peraturan sekolah
serta peraturan-peraturan terkini yang berkuatkuasa mengikut arahan semasa.
2.6 Sokongan ibu bapa/penjaga,masyarakat,pemimpin masyarakat,agensi luar (agensi
awam dan NGO) diperlukan bertujuan untuk meningkatkan integriti dan menangani
salah laku murid.
3. Perhimpunan
3.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Ahad di tapak perhimpunan pada
pukul 7.10 pagi hingga 8.00 pagi.Semua murid dan guru diminta bersedia di tapak
perhimpunan sebelum jam 7.10 pagi.
3.2 Semua murid akan beratur di tapak perhimpunan mulai pukul 7.10 pagi hingga 7.30
pagi sebelum masuk ke dalam kelas pada setiap hari selain hari Ahad dan Khamis.
3.3 Persediaan perhimpunan dikendalikan oleh Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah
bersama guru bertugas mingguan.
3.4 Semua murid dan guru wajib hadir dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada
hari Ahad dan Khamis
4. Aplikasi Pangkalan Data Murid ( APDM )
2