Page 118 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 118
5.6 Sekiranya guru mengkehendaki murid berpakaian selain daripada yang telah
ditetapkan, guru perlu mendapat kebenaran daripada Penolong Kanan HEM/
pentadbir lain terlebih dahulu.
6. Budaya Sekolah
6.1 Slogan Sekolah hendaklah diuar-uarkan dalam perhimpunan rasmi / aktiviti rasmi
sekolah dan sebelum memulakan PdPc waktu pertama.
6.2 Ucapan salam / selamat sejahtera diberikan kepada guru,staf,rakan dan pelawat.
6.3. Ucapan salam / selamat sejahtera diberikan sebelum permulaan kelas dengan
menyebut nama guru pada akhir ucapan salam / selamat sejahtera.
6.4. Pergerakan murid ke bengkel,makmal,pendidikan jasmani atau bilik-bilik khas dalam
keadaan beratur dan senyap. Murid akan beratur sebelum masuk ke
bengkel,makmal dan bilik-bilik khas.
6.5. Hormat menghormati dan bantu-membantu perlu sentiasa diamalkan.
6.6. Sopan santun,toleransi dan tindakan berhemah perlu diamalkan.
6.7. Bangunan yang cantik dan ceria, taman yang subur,peralatan dan kemudahan yang
disediakan hendaklah sentiasa dikekalkan.
6.8. Buku teks yang dibekalkan perlu dibalut,dijaga dan digunakan secara maksimum.
6.9. Murid dilarang keluar bilik darjah / berkeliaran dalam kawasan sekolah tanpa pas
kebenaran keluar kelas yang sah.
6.10. Murid dilarang berada di kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
6.11. Sebarang aktiviti murid tanpa pengawasan guru adalah dilarang sama sekali.
6.12. Setiap aktiviti murid di luar sesi persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih
dahulu kepada pihak pentadbir.
7. Budaya Kelas
7.1. Semua ahli di dalam bilik darjah perlu menjaga kebersihan dan menjadikan kelas
ceria dan selamat.
7.2. Jadual tugasan, info disiplin, jadual kelas, maklumat jumlah kehadiran murid
hendaklah sentiasa dipamerkan dan terkini. Papan kenyataan bilik darjah perlu
dipenuhkan dengan paparan maklumat mata pelajaran dan sentiasa terkini.
7.3. Perbuatan vandalisme terhadap harta benda kelas perlu dilaporkan kepada guru
tingkatan dengan kadar segera.
7.4. Visi, Misi dan Slogan sekolah perlu dipamerkan di semua bilik darjah.
7.5. Semua murid dalam bilik darjah berkenaan bertanggungjawab membayar ganti
rugi sebarang kerosakan harta benda sekolah dalam kelas berkenaan yang
diakibatkan oleh tingkahlaku vandalisme.
7.7. Pintu kelas hendaklah sentiasa dikunci apabila murid bergerak keluar
meninggalkan kelas untuk ke bilik-bilik khas dan pada waktu rehat serta tamat sesi
persekolahan.
7.8 Semua ahli di dalam bilik darjah wajib memastikan kipas , lampu dan penghawa
dingin dimatikan apabila keluar dari kelas masing- masing.
OBJEKTIF
4