Page 123 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 123

5  Menjalankan hukuman mengikut prosedur yang telah ditetapkan mengikut jenis kesalahan yang
                     dilakukan oleh murid.
                 6  Melaksanakan hukuman rotan sekiranya menerima SURAT PENURUNAN KUASA MEROTAN
                     daripada pengetua.
                 7  Memaklumkan  kepada  guru  tingkatan  murid  berkenaan  jenis  tindakan  yang  diambil  ke  atas
                     muridnya untuk tujuan rekod.
                 8  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.
                 9  Membantu  pengetua menimbulkan semangat kesetiaan  dan kekitaan dalam kalangan semua
                     murid.
                 10  Merekodkan kesalahan murid ke dalam sistem salah laku disiplin murid.
                 11. Melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan, buku peraturan  sekolah dan  Surat
                       Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran Malaysia.
                 12.  Membuat  aduan dan laporan lengkap setiap kes disiplin kepada Penolong Kanan HEM dan
                         Pengetua.
                 13.  Menyediakan dan menguruskan rekod disiplin termasuk SSDM Online dengan teratur.
                 14.  Menjalankan program peningkatan disiplin dan sahsiah murid.
                 15.  Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin semasa dalam mesyuarat Ahli
                        Jawatankuasa PIBG.
                 16. Menguruskan Badan Pengawas, Pengawas SPBT, Kelab Pencegahan Jenayah dan Program
                       Cegah Ponteng  bersama pasukan Briged Komuniti yang diterajui oleh PIBG.
                 17. Menjaga dan mengawal disiplin murid bersama-sama guru-guru lain selaras dengan SPI
                       Bil. 10/2001:  “Semua Guru Adalah Guru Disiplin”.
                 18. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan mengemaskini fail berkaitan

                 Semua Guru Adalah Guru Disiplin

                   1.  Adalah  diingatkan  bahawa  setiap  guru  adalah  guru  disiplin.Oleh  itu,menjadi  tanggungjawab
                      semua guru untuk memastikan disiplin sekolah dipatuhi sepenuhnya.
                   2.  Jika  berlaku  sebarang  tindakan  pelanggaran  disiplin  sekolah,setiap  guru  melihatnya  atau
                      berada di tempat kejadian hendaklah mengawal keadaan,menyiasat, dan membuat tindakan
                      yang sewajarnya.
                   3.  Jika tidak dapat diselesaikan hendaklah dimaklumkan kepada guru-guru disiplin,kaunselor,PK
                      HEM,PK atau terus ke Pengetua.
                   4.  Semua guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk menyemak dan merekodkan kehadiran
                      murid kelas yang diajarnya ke dalam BUKU REKOD KAWALAN KELAS MURID. Murid yang
                      tidak berada di dalam kelas hendaklah dikenalpasti statusnya sama ada hadir atau tidak pada
                      hari berkenaan.
                   5.  Guru mata pelajaran bertanggungjawab jika didapati bilangan murid dalam kelas tidak sama
                      dengan jumlah kehadiran murid yang sepatutnya di dalam kelas pada hari tersebut.
                   6.  Guru mata pelajaran sebagai guru disiplin sekolah hendaklah mengambil tindakan sewajarnya
                      kepada murid yang telah melakukan kesalahan disiplin.
                   7.  Menjalankan  tugas-tugas  yang  diarahkan  oleh  Pengetua  atau  wakilnya  dari  semasa  ke
                      semasa.
                   8.  PAS KEBENARAN KELUAR hendaklah diberikan kepada murid yang ingin berurusan di luar
                      bilik darjah seperti menghantar buku atau ke tandas.

               Guru Pengawas

                   1.  Berperanan  membentuk  pasukan  pengawas  yang  mantap,bertanggung-jawab,dedikasi  dan
                      berkarisma.
                   2.  Membimbing dan memantau pengawas dalam melaksanakan tugasan harian.
                   3.  Membuat pelantikan pengawas dengan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan
                   4.  Merancang program seperti penyampaian watikah pelantikan,kursus kepimpinan dan lawatan.
                   5.  Bekerjasama dengan unit disiplin dalam memastikan keadaan disiplin keseluruhannya
                         sentiasa  terkawal.
                  7.   Mengurus dan mengawalselia  bilik pengurusan disiplin dan pengawas.





                  JAWATANKUASA 3K  (KEBERSIHAN , KESIHATAN DAN KESELAMATAN)


                                                            9
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128