Page 128 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 128
Setiausaha : Pn. Adriana binti Ismail
Pen.Setiausaha : Pn. Zakiah binti Mohd Jani
AJK : Semua Guru tingkatan
Bidang Tugas:
A. Jawatankuasa Kebajikan
1. Mewujudkan tabung khas kebajikan untuk kegunaan warga sekolah dan keperluan lain bila perlu.
2. Menjalankan operasi pungutan derma kilat apabila ada kes-kes kematian atau kecelakaan yang
menimpa semua warga sekolah.
3. Menyediakan senarai murid miskin dan yatim untuk dimajukan permohonan bantuan ke pihak yang
berkenaan.
4. Menguruskan pembahagian bantuan atau sumbangan yang diterima daripada pihak-pihak tertentu.
5. Melaksanakan arahan-arahan berkaitan bantuan yang diterima daripada pentadbir.
B. Jawatankuasa Biasiswa
1. Menguruskan permohonan biasiswa murid iaitu Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa
Kenangan Dato’ Onn,Yayasan Pelajaran Johor (mengedar borang, memproses dan memasukkan data
ke dalam sistem secara atas talian).
2. Peka dengan tarikh-tarikh tugasan biasiswa seperti yang diarahkan oleh JPNJ dan PPD.
Membincangkan hal-hal semasa berkaitan biasiswa dengan PK HEM seperti mesyuarat JK pemilihan
calon yang layak memohon.
3. Menerima dan melaksanakan semua arahan yang diterima daripada PPD dan JPNJ dari semasa ke
semasa.
4. Melaksanakan urusan membuka buku akaun murid dengan pihak Bank Simpanan Nasional.
5. Mengawal urus pengeluaran wang biasiswa murid
6. Menyimpan segala rekod berkaitan bantuan/biasiswa dalam fail yang telah ditetapkan mengikut SPSK.
7. Melaksanakan pemantauan kendiri mengikut instrumen yang diberikan.
C. Jawatankuasa KWAPM
1. Memberi borang permohonan KWAPM kepada murid yang layak memohon dan menerangkan dokumen
yang perlu disertakan seperti salinan sijil lahir/mykid,salinan kad pengenalan waris dan slip akuan
pendapatan.
2. Mengumpul bahan permohonan KWAPM dan menguruskannya.
3. Mengatur satu mesyuarat bersama ahli jawatan kuasa KWAPM untuk memilih murid yang benar-benar
layak dan mencatat minit mesyuarat.
4. Menyediakan senarai nama murid yang memohon dan juga senarai nama murid yang telah diluluskan
permohonan oleh AJK KWAPM dan menyimpan segala dokumen berkaitan dalam fail berkaitan.
5. Menguruskan pembayaran KWAPM dan memastikan rekod bayaran diselenggara dengan lengkap
untuk tujuan pengauditan.
6. Memastikan bayaran dibuat dalam tempoh masa yang tepat dan segala urusan mematuhi prosedur.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.
D. Jawatankuasa Bantuan Awal Persekolahan ( BAP )
1. Melaksana dan menguruskan pembahagian bantuan awal persekolahan (BAP) pada awal tahunkepada
murid-murid yang layak.
2. Menubuhkan jawatankuasa BAP sekolah.
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
14