Page 132 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 132

Setiausaha                          : Pn. Noorasliza binti Abu Yamin
               Ahli Jawatankuasa                   : Guru Tingkatan


               Bidang Tugas:

                           1.   Menubuhkan jawatankuasa pendaftaran murid
                           2.    Menyediakan  senarai  nama/maklumat  murid  mengikut  kelas  yang  terkini  untuk
                                         kelancaran pendaftaran
                           3.    Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua/ PK HEM dari semasa ke semasa


                                   UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING



               Guru Bimbingan dan Kaunseling       : Pn. Noorasliza binti Abu Yamin


               Falsafah Perkhidmatan

               Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi
               pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika
               dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek
               intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

               Tujuan  Perkhidmatan

               Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bertujuan supaya Guru BK memfokuskan perkhidmatannya
               kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di Sekolah.


               Rasional

               1.     Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi
                      gejala-gejala  di  peringkat  remaja.  Oleh  itu  mengenalpasti  masalah  di  peringkat  awal    dan
                      mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.
               2.     Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid
                      dari segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid,
                      pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.
               3.     Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk
                      mengenali dan membangunkan diri sendiri.
               4.     Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan dan kaunseling yang berkualiti,
                      sistematik dan berkesan.

                                                        MOTTO :

                                              Kami Kongsi Kerana Kami Peduli


                                                        TAGLINE:

                                                Anda Percaya, Anda Berjaya








                                                            18
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137