Page 133 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 133

Objektif

               1.     Guru Bimbingan dan Kaunseling menghayati bahawa memenangi jiwa murid  merupakan
                      teras perkhidmatan B & K di sekolah.

               2.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai perkhidmatan yang selesa dan
                      kondusif kepada murid dalam menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka
                      seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.

               3.     Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mendahului ( win over ) jangkaan tindakan-
                      tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya

               4.      Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan minat dan
                      personaliti mereka.


               Fokus Perkhidmatan

               FOKUS 1         : PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID
               #OUTCOME    : PERWATAKAN MURID YANG BERKETRAMPILAN DAN TERPUJI

               FOKUS 2         : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID
               # OUTCOME    : MURID YANG BERDISIPLIN SERTA SEKOLAH YANG AMAN DAN
                                            SEJAHTERA

               FOKUS 3         : PENGURUSAN KERJAYA MURID
               # OUTCOME    : MURID YANG TAHU HALA TUJU PENDIDIKAN DAN KERJAYA MASA
                                 DEPAN.

               FOKUS 4         : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID
               # OUTCOME   : MURID YANG SIHAT PEMIKIRANNYA


               Bidang Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

               1.      Mengenalpasti keperluan perkhidmatan, bimbingan dan kaunseling sekolah melalui
                      kajian  keperluan,  soal  selidik,  temubual  dan  perbincangan  dengan  murid,  guru,    pentadbir,
                      kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
               2.     Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan
                      Kaunseling di sekolah.
               3.     Merancang,  melaksana  dan  mengawalselia  sesi  bimbingan  dan  kaunseling  individu  dan
                      kelompok, secara professional dan beretika.
               4.     Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta  tunjuk
                      ajar ( instructional ) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.
               5.     Merancang,  menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling melalui
                      media yang sesuai.
               6.     Merancang,  mentadbir,  memeriksa,  merekod,  menganalisis,  mentafsir  dan  melaporkan
                      Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa
                      ke semasa.
               7.      Merancang,  mengawal  selia  dan  mengemaskini  rekod  dan  inventori  murid  yang    berkaitan
                      dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
               8.      Merancang,  melaksana,  mengawalselia  serta  menilai  program  dan  aktiviti  konsultasi      dan
                      rujukan berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.
               9.      Merancang,  melaksana,  mengawalselia  serta  menilai  program  dan  aktiviti  konsultasi      dan
                      rujukan berhubung dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid.
               10.      Merancang,  melaksana,  mengawalselia  serta  menilai  program  dan  aktiviti  konsultasi      dan
                      rujukan berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid







                                                            19
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138