Page 117 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 117
4.1 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan dan melengkapkan data murid yang terkini
di dalam APDM
4.2 Kedatangan murid mestilah ditandakan oleh guru tingkatan pada tiap-tiap hari
persekolahan pada atau sebelum jam 9.00 pagi di APDM.
4.3 Guru JK Data dan guru JK Pengurusan Tingkatan dikehendaki sentiasa memantau,
menyelia dan membantu guru tingkatan dalam hal berkaitan maklumat dan data murid
4.4 Guru Tingkatan hendaklah mengemaskini dan mencetak analisis kehadiran pada
setiap hujung bulan dari APDM dan diserahkan kepada PK HEM. Guru Tingkatan
perlu membuat catatan sebab ketidakhadiran murid kelas masing-masing.
4.5 Pelaksanaan tindakan untuk murid ponteng sekolah adalah mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru tingkatan / Guru
Bimbingan & Kaunseling bertanggungjawab menghubungi penjaga jika murid tidak
hadir ke sekolah.Tindakan terhadap kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:
SURAT HARI TIDAK HADIR (P) HARI TIDAK HADIR (P)
BERTURUT-TURUT TIDAK BERTURUT-
TURUT
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua 7 hari selepas amaran 1 10 hari selepas amaran 1
Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran 2 20 hari selepas amaran 2
Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran 20 hari selepas Amaran
Terakhir Terakhir
Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari 60 hari
yang layak dibuang
sekolah
4.6 Guru Tingkatan bertanggungjawab mengeluarkan surat amaran untuk murid yang
ponteng sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
4.7 Rekod murid yang bergerak keluar dari kelas berkenaan hendaklah ditadbirurus oleh
Guru Data. Manakala rekod murid yang bergerak masuk ke kelas berkenaan
hendaklah ditadbirurus oleh guru tingkatan masing – masing
4.8 Kehadiran Murid Ke Sekolah
- Murid perlu hadir ke sekolah sebelum pukul 7.10 pagi
- Perhimpunan rasmi bermula pada pukul 7.10 pagi, dimulakan dengan
doa, Nyanyian lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan Negaraku.
- Perhimpunan harian bermula pada pukul 7.10 pagi.
4.9 Semua murid dilarang berada dalam kelas atau bangunan sekolah sebelum jam 7.30
pagi atau sebelum tamatnya perhimpunan pagi.
5. Pakaian dan Kekemasan Diri Murid
5.1. Pakaian murid lelaki dan perempuan adalah mengikut peraturan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan peraturan sekolah.
5.2. Pakaian Pendidikan Jasmani (PJK) boleh dipakai sehingga waktu PdPc tamat
dengan syarat baju itu bersih. Hanya Baju-T PJK ,Baju-T berlogo@berlencana
SMKSA atau Baju-T KRMJ yang dipakai bersama seluar sukan panjang (“Track
Suit”) berwarna hitam/biru gelap sahaja dibenarkan sebagai pakaian PJK.
5.3 Setiap hari Ahad murid dikehendaki memakai pakaian seragam/uniform sekolah
5.4 Setiap hari Rabu murid dikehendaki memakai pakaian unit beruniform lengkap /
Baju-T uniform dan seluar slack.
5.5 Setiap hari Khamis, bagi murid lelaki dibenarkan memakai baju Melayu.
3