Page 90 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 90

PERATURAN PENYERAHAN DAN PENYEMAKAN BUKU REKOD MENGAJAR




               1.  Buku / Fail Persediaan Mengajar hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis atau selewat-
                    lewatnya sebelum waktu pertama hari Ahad mengikut ketetapan berikut:


                    Bil               Guru                     Penyemak          Lokasi Penghantaran

                     1.   Semua Guru Penolong Kanan,           Pengetua                 Pejabat
                          Guru Kanan Mata Pelajaran
                          (GKMP), Guru PPKI dan Guru
                          Bimbingan dan Kaunseling


                     2.   Semua guru mata pelajaran        Pengetua, Penolong           Pejabat
                                                           Kanan Pentadbiran,
                                                          Penolong Kanan HEM
                                                          dan Penolong Kanan
                                                              Kokurikulum



               2. Jika kebetulan tarikh menghantar buku adalah cuti umum, Buku/Fail Rekod Mengajar
                   hendaklah dihantar pada hari sebelumnya. Jika guru tidak hadir pada tarikh menghantar, Buku
                   Rekod Mengajar boleh dihantar pada hari pertama guru hadir semula ke sekolah.

               3. Pengetua akan meminta Buku/Fail Rekod Mengajar mana-mana guru pada bila-bila masa
                   untuk dibuat semakan. Oleh itu, kandungannya mestilah sentiasa di kemas kini.

               4. Apabila menyerahkan Buku / Fail Rekod Mengajar, sila tandatangan di dalam Buku Rekod
                   Penyemakan, sebagai Bukti Hantar, seperti yang disediakan di lokasi penghantaran.

               5. Apabila Pengetua/Nazir atau pihak pemantau masuk menyelia di  dalam kelas, Buku/Fail
                   Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada pihak-pihak berkenaan.




                                                 PERINGATAN PENTING:

                  Kegagalan menyediakan Buku Rekod Mengajar merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan
                  kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan
                       11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997 (P.U.A.531)










                                                            19
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95