Page 94 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 94

DASAR KURIKULUM




                     a.  Waktu Pembelajaran :

                     1.  Masa PdPc bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang dan pukul 2.30
                     2.  Waktu aktiviti kokurikulum pada hari Rabu ialah 7.30 pagi hingga 9.30  pagi.
                     3.  Jika perhimpunan pagi ditangguhkan, guru tingkatan perlu masuk kelas pada waktu pertama.
                     4.  Waktu hadir guru sebelum 7.15 pagi dan waktu balik adalah selepas jam 2.30 petang.

                     b.  Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) :

                     1.  Kaedah pengajaran dan pemudahcaraan KSSM berpusat kepada murid dan guru  bertindak  sebagai
                         fasilatator.
                     2.  Murid mesti bersama-sama guru semasa pembelajaran.
                     3.  Mesyuarat Perancangan Kurikulum Sekolah perlu diadakan setiap sesi  persekolahan.
                     4.  Guru-guru  hendaklah  menggunakan  buku  teks  yang    dibekalkan    sahaja    (SPBT)    untuk
                         pembelajaran.  Buku-buku  tambahan  lain  jika  perlu  boleh  digunakan  untuk  tujuan  pengembangan
                         pembelajaran sahaja.
                     5.  Latihan wajib diberikan kepada murid selepas setiap sesi  pembelajaran.
                     6.  Setiap panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan minimum yang perlu disiapkan oleh murid dan
                         jumlah ini perlu disemak semasa membuat pemantauan.
                     7.  Buku latihan perlu diperiksa dan dipulangkan semula kepada murid dengan kadar segera.
                     8.  Pengajaran dan pemudahcaraan perlu mengutamakan penggunaan  ICT.
                     9.  Tindakan guru berkursus atau mengikuti aktiviti luar sekolah:
                              i.   Tinggalkan bahan pengajaran dan pemudahcaraan untuk  murid.
                              ii.   Guru juga dikehendaki membekalkan latihan semasa cuti  penggal.
                     10.  Pada waktu pagi, loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.00 pagi sebagai peringatan
                         perhimpunan diadakan.
                     11.  Guru  bertanggungjawab  untuk  memastikan  kebersihan  kelas  diambil  tindakan    pada    setiap    tiga
                         minit  pertama  sebelum  pengajaran  dan  pemudahcaraan  dan  peperiksaan.  Jangan  mulakan  PdPc
                         selagi kelas tidak bersih.
                     12.  Murid hendaklah bergerak secara teratur mengikut kelas dan menepati  waktu  ke  makmal,  bengkel,
                         surau atau padang.
                     13.  Semasa  peperiksaan  dijalankan  guru-guru  hendaklah  berada  di  kelas  mengikut  waktu  yang
                         diberikan. Hal ini bermakna guru tidak boleh masuk lewat sebelum peperiksaan atau meninggalkan
                         kelas selepas sahaja tamat peperiksaan. Kawalan kelas hendaklah  berterusan.
                     14.  Masa PdPc selama 30 minit dalam kelas mestilah digunakan sepenuhnya untuk mengajar. Guru
                         tidak dibenarkan membawa laptop ke dalam kelas kecuali untuk tujuan PdPc.
                     15.  Peruntukan masa minimum jam setahun mengikut mata pelajaran WAJIB dihabiskan dalam masa
                         setahun.
                     16.  Penggunaan telefon bimbit semasa PdPc adalah dilarang sama sekali kecuali untuk membuat atau
                         menjawab panggilan penting.

                         c.  Pentadbiran :

                       1.  Mesyuarat  Induk  Jawatankuasa  Kurikulum  diadakan    pada    minggu    sebelum    persekolahan
                          bermula dan perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga kali  setahun.
                       2.  Mesyuarat  Panitia  mata  pelajaran  kali  pertama  diadakan  pada  minggu  sebelum  persekolahan
                          selepas  Mesyuarat  Induk  Kurikulum  dan  seterusnya  mengikut  takwim  yang  disediakan  sebanyak
                          empat kali setahun.
                       3.  Minit mesyuarat panitia hendaklah dihantar kepada GPK1 seminggu selepas mesyuarat dan minit
                          mesyuarat tersebut perlu diedarkan kepada semua panitia yang  terlibat.
                       4.  Pentadbir perlu menjalankan pencerapan terhadap guru supaya setiap guru dapat diselia oleh
                          pentadbir sekurang-kurangnya dua kali setahun. Buku kerja murid hendaklah diperiksa oleh guru
                          mata pelajaran dan diikuti oleh semakan oleh pentadbir.






                                                            1
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99