Page 95 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 95

d.  Pentaksiran dan Peperiksaan :

                       1.  Ujian  Bulanan/Peperiksaan Dalaman  diadakan  3  kali  setahun  :  Ujian  Sumatif  1,  Ujian  Sumatif  2,
                          Ujian Sumatif 3, Peperiksaan Pertengahan Tahun,Peperiksaan Percubaan SPM, Peperiksaan Akhir
                          Tahun.
                       2.  Markah  ujian/peperiksaan  hendaklah  dimasukkan  oleh  guru  mata  pelajaran  ke    dalam    sistem
                          SAPS selepas setiap ujuan/peperiksaan berakhir.
                       3.  Guru tingkatan  bertanggunggjawab  mencetak  2  salinan  slip  keputusan  kelas  masing-masing  dan
                          seterusnya  menyerahkan  slip  kepada  pentadbir    untuk    ditandatangani    sebelum    diserahkan
                          kepada  ibu  bapa/penjaga.  Satu  salinan  slip  peperiksaan  hendaklah  disimpan  di  dalam  fail  rekod
                          murid.
                       4.  Setiap  hujung  tahun,  penyelaras  tingkatan  bersama-sama  guru  tingkatan  dan  kaunselor
                          bertanggungjawab  membuat  penyusunan  semula  kedudukan  murid  bagi  sesi  tahun  yang  akan
                          datang mengikut kesesuaian kumpulan mata pelajaran.


                         e.  Program Kecemerlangan Akademik :

                     1.  Program      kecemerlangan      dan      pengukuhan      perlu      dijalankan      untuk      semua      kelas
                         berdasarkan  program  perancangan  peningkatan  akademik  sekolah.  Semua  guru  walaupun  tidak
                         mengajar  kelas  atau  subjek  peperiksaan  adalah  bertanggungjawab  memastikan  pencapaian
                         akademik sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.
                     2.  Guru  perlu  memberi  latihan  bertulis  kepada  murid  dengan  secukupnya  dan  memastikan  murid
                         membuat  kerja  kelas  dan  kerja  rumah  dengan  sebaik-baiknya.  Selain  itu  guru-guru  hendaklah
                         memeriksa semua kerja murid dengan teliti sehingga objektif yang dirancang tercapai.


                         f.   Fail Persediaan Mengajar :

                     1.  Fail Persediaan Mengajar ialah dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa dikemaskini. Setiap
                         bahagian hendaklah diisi mengikut kehendak-kehendak yang  ditetapkan.
                     2.  Melengkapkan butir-butir diri guru, cuti am, penggal persekolahan, jadual waktu persendirian dan
                         jadual waktu kelas.
                     3.  Sukatan Pelajaran/DSKP bagi setiap kelas yang diajar.
                     4.  Rancangan Pelajaran setiap mata pelajaran yang diajar dan  difailkan.
                     5.  Rekod Penilaian murid dilengkapkan dengan nama dan markah bagi semua kelas yang diajar.
                     6.  Fail Persediaan Mengajar hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada hari Khamis  waktu  akhir
                         untuk disemak dan guru boleh mengambil semula di pejabat setelah disemak oleh  pentadbir.






























                                                            2
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100