Page 5 - e-BEST
P. 5

[ K-BeST ]



                                               KATA-KATA ALUAN
                                             TIMBALAN BENDAHARI

                                          UITM CAWANGAN JOHOR

               Kata-kata aluan Timbalan Bendahari

               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

               Terlebih dahulu saya mendoakan warga UiTM Cawangan Johor amnya dan warga
               Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Johor khususnya sentiasa mendapat rahmat dan
               perlindungan dari Allah S.W.T.

               Syukur  ke  hadrat  Ilahi,  atas  limpah  nikmat  dan  kurniaNya,  kumpulan  Money2U
               berjaya  menerbitkan  buat  kali  pertama  Buku  Panduan  K-BeST  yang  juga
               merupakan projek KIK Pejabat Bendahari bagi tahun 2014.

               Umum mengetahui bahawa Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) merupakan salah satu
               platform  kepada  staf  diperingkat  kumpulan  pelaksana  melontarkan  idea  dan
               cadangan mereka bagi merubah, menambahbaik,  dan memantapkan  sistem kerja
               mahupun  perkhidmatan  di  jabatan  masing-masing  kepada  pihak  pengurusan
               tertinggi  agar  perkhidmatan  yang  ditawarkan  kepada  pelanggan  masing-masing
               sentiasa berada ditahap yang terbaik.

               Walaupun  saya  menyedari  terdapat  kekangan  masa  dan  bebanan  kerja  warga
               Pejabat  Bendahari,  komitmen  yang  ditunjukkan  oleh  semua  ahli  Money2U
               sememangnya saya kagumi dan hargai. Jangan cepat mengaku kalah, ayuh bangkit
               dan  terus  maju  selangkah  dengan  membuktikan  Pejabat  Bendahari  juga  mampu
               menghasilkan produk KIK yang sangat membina dan menguntungkan organisasi.

               Akhirulkalam, selaku penaung kepada projek KIK ini saya mendoakan agar projek
               ini mendapat kejayaan dan dapat dimanfaatkan oleh semua yang terlibat.

               Doa saya mengiringi kejayaan anda.

               Sekian terima kasih.



               Junita binti Jamaludin
               Timbalan Bendahari
               UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat





               *Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
                                                                         Pejabat Bendahari UiTMJ |        5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10