Page 6 - e-BEST
P. 6
[ K-BeST ]
LATAR BELAKANG UiTM CAWANGAN JOHOR
UiTM Johor - Bukan kecil perananmu.
Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor
Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput
telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri
Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi
UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu
di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada tahun 1990, UiTM Johor telah
tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan
pemerintah negeri. Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan
memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus
Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti
Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat
dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai
sebuah kampus yang terletak di Pasir Gudang. UiTM Johor kini dilengkapi
dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta
kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan
berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan
kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.
LATAR BELAKANG PEJABAT BENDAHARI UiTM CAWANGAN JOHOR
Latar Belakang
Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA merupakan nadi utama
pengurusan kewangan bagi seluruh sistem Universiti seperti mana yang
termaktub di dalam Akta UiTM 173 (Pindaan 2000).
Pada peringkat awal penubuhan Institut Teknologi MARA, Pejabat
Bendahari (pada ketika itu dipanggil Bahagian Kewangan) telah
diwujudkan untuk mengendalikan urusan kewangan Institut iaitu urusan
penerimaan bayaran yuran pengajian / sumbangan daripada pelajar,
pembayaran elaun kepada pelajar, pembayaran gaji dan tuntutan staf,
pengurusan pembelian barang /perkhidmatan /kerja, pengurusan harta
dan pengurusan akaun. Semua pengurusan dibuat secara berpusat di
Pejabat Bendahari, Institut Teknologi MARA, Shah Alam.
*Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
Pejabat Bendahari UiTMJ | 6