Page 7 - e-BEST
P. 7

[ K-BeST ]

               PIAGAM PELANGGAN

               PEJABAT BENDAHARI UiTM CAWANGAN

               Kami  Beriltizam  Memberi  Perkhidmatan  Yang  Cekap,  Cepat,  Tepat  Dan
               Bertanggungjawab Untuk Mencapai Objektif Pejabat Bendahari.

               1.  Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Cawangan yang
                    lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari
                    UiTM Induk.

               2.  Menyediakan  Agihan  Peruntukan  Tahunan  mengikut  jadual  dan  tarikh  yang
                    ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Induk.

               3.  Mengeluarkan Pesanan Jabatan untuk permohonan perolehan melalui:

                      a.  Tender  /  Sebutharga  Rasmi  /  Rundingan  Terus  dalam  tempoh  lima  (5)
                           hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.

                      b.  Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari
                           tarikh permohonan belian diluluskan dalam FAIS.

               4.  Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran dalam tempoh
                    tujuh (7) hari dari tarikh terima dokumen lengkap.

               5.  Membayar emolumen mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendajari
                    UiTM Induk.

               6.  Mengeluarkan Borang Perjanjian Bantuan Memiliki Kenderaan dalam tempoh
                    dua  (2)  hari  bekerja  dari  tarikh  terima  makluman  kelulusan  dari  Pejabat
                    Bendahari, UiTM Induk.

               7.  Penyerahan tiket kapal terbang selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh
                    penerbangan  bagi  tempahan  yang  diterima  tidak  lewat  dari  tujuh  (7)  hari
                    bekerja sebelum tarikh penerbangan.

               8.  Pengeluaran barang stor dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh
                    permohonan lengkap diterima.

               9.  Melaksana  keputusan  pelupusan  dalam  tempoh  tujuh  (7)    hari  bekerja  dari
                    tarikh kelulusan diterima.

               10. Mengemukakan  penyata  kewangan  yang  muktamad  bagi  tahun  berakhir  31
                    Disember  setiap  tahun  kepada  Pengarah  Jabatan  Audit  Negera,  Cawangan
                    Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.



               *Sila rujuk Contoh Borang dari M/Surat 65
                                                                         Pejabat Bendahari UiTMJ |        7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12