Page 221 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 221
Lampiran
PETIKAN PEKELILING IKHTISAS KPM
1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 :
Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
i. Dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985
mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-
lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau
Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan
peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-
pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985
bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
ii. Pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai
awam.
iii. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan
berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu
lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai
dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.
2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1981 :
Ketetapan Masa di Sekolah-Sekolah
i. Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan sekolah serta para pelajar dikehendaki
berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun,
guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.
ii. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang
waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah
untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
iii. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan
tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah.
iv. Kaum guru, khasnya, hendaklah memberi contoh tauladan yang baik sekiranya mereka ingin
menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan pelajar mereka.
3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2009 :
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
i. Kemalangan yang berlaku didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar
kerana terhempap palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam
tangki najis. Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian dan
keutamaan.
ii. Langkah-langkah keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal
sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di
sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau
sukan.
205