Page 223 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 223

Lampiran


              6.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1997 :
                  Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

                 i.   Dimaklumkan  bahawa  suatu  ketetapan  telah  dibuat  oleh  Kementerian  Pendidikan  untuk
                     menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut
                     peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

                ii.   Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua guru, kakitangan, ibu
                     bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap
                     rokok di kawasan sekolah.

                iii.   Larangan  ini  meliputi  keseluruhan  premis  sekolah,  sama  ada  di  kawasan  terbuka  mahupun  di
                     dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. Perkara 4.1 dalam
                     Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1993 : Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah
                     adalah terbatal.

              7.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1988 :
                  Larangan Menjalankan Jualan Terus di Sekolah-Sekolah

                 i.   Beberapa pihak tertentu khususnya syarikat-syarikat pengeluar, pengusaha, penerbit, pengedar
                     dan individu-individu berkepentingan untuk menjadikan sekolah sebagai saluran utama aktiviti
                     perniagaan  mereka.  Sekolah-sekolah  sering  didatangi  oleh  pihak-pihak  tersebut  yang  ingin
                     membuat jualan terus kepada para pelajar dan para guru ataupun ingin mengadakan promosi
                     melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama.

                ii.   Amalan  membenarkan  pihak-pihak  tertentu  mengunjungi  pelajar-pelajar  dalam  bilik  darjah
                     ketika pengajaran sedang dijalankan ataupun amalan membenarkan pelajar meninggalkan kelas
                     untuk menyaksikan pameran dan demonstrasi hendaklah diberhentikan.

                iii.   Kebajikan  dan  kepentingan  masa  belajar  pelajar  perlu  diutamakan,  serta  hak  pelajar  sebagai
                     pengguna  perlu  dilindungi  supaya  mereka  tidak  menjadi  sasaran  desakan  pihak-pihak  yang
                     berkenaan.

                iv.   Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memperingatkan para PENGETUA dan GURU
                     BESAR bahawa kebenaran TIDAK BOLEH diberikan kepada mana-mana syarikat atau mana-mana
                     individu yang berkepentingan untuk melakukan perkara-perkara seperti          berikut :-
                     a.  Membuat  jualan  terus  dagangan  atau  barangan  kepada  warga  sekolah  dalam  waktu
                         persekolahan.
                     b.  Mengadakan pameran, demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi dagangan
                         atau barangan kepada warga sekolah.
                     c.  Melantik  sekolah  sebagai  wakil  pengedar  atau  wakil  penjual  tanpa  permintaan  dari
                         pengurusan koperasi sekolah atau Jawatankuasa PIBG.

                v.   Walaubagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberikan kepada pihak-pihak yang
                     memohon  untuk  membuat  jualan,  pameran  atau  promosi  di  sekolah  dalam  keadaan-keadaan
                     tertentu seperti berikut, mengikut kesesuaiannya :-
                     a.  Pameran,  demonstrasi,  promosi  dan  jualan  dilakukan  pada  satu-satu  hari  tertentu  yang
                         ditetapkan,  misalnya  ketika  sekolah  mengadakan  perayaan  Hari  Ibubapa,  Hari  Guru,  Hari
                         Sukan, Mesyuarat Tahunan PIBG dan seumpamanya.
                     b.  Demonstrasi  dan  promosi  hanya  untuk  mendapatkan  perhatian  dan  pertimbangan  pihak
                         pentadbir sekolah, pengurusan koperasi sekolah atau Jawatankuasa PIBG tanpa melibatkan
                         warga sekolah.





                                                                                                             207
   218   219   220   221   222   223   224   225   226