Page 222 - Buku Pengurusan SMKSP 2020
P. 222
Lampiran
iii. Sentiasa berwaspada terhadap kemungkinankemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-
kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk
mengelakkannya.
4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2011 :
Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
i. Surat Pekeliling ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan Dasar Memeartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih
mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, iaitu
mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsaan.
ii. Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau tahun 2010 meneruskan
penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.
iii. Dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010
berkaitan Pelaksanaan Dasar Memartabakan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) adalah dibatalkan.
5. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 :
Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
i. Dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Mentari merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac
2010 telah memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai 2011 di semua sekolah
KPM.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman awal
kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan Dasar 1M1S dapat mencapai matlamat yang
ditentukan, pihak pentadbir sekolah adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut
dipatuhi :-
a. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
hendaklah WAJIB didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang
dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
b. Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah
secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam
perkembangan potensi setiap murid dalam sukan.
c. Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan
kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutamakan
keselamatan murid.
d. Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak
luar bagi program pembangunan sukan di sekolah.
e. Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun seperti yang
disarankan dalam surat siaran bertarikh 14 Januari 2010.
206