Page 11 - EBOOK NURULHANUN ZULKIFLI
P. 11
Bushan Bibwe (2017) menyatakan bahawa kaedah
Penyimpanan Hermetic meningkatkan kualiti bijirin dan biji benih
kerana ianya mengekalkan kandungan kelembapan dan
mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak tanpa
menggunakan racun serangga. Penyimpanan Hermetic
berperanan dengan mengedapkan bijirin yang disimpan
daripada atmosfera luar. Ia mengelakkan kemasukan oksigen
dan udara yang lembap daripada udara persekitaran dan
melindungi bijirin daripada serangga perosak. Dalam kaedah
penyimpanan ini, terdapat beberapa bahan peralatan yang
berbeza untuk digunakan, sesuai dengan keadaan dan
keperluan. Antara peralatan tersebut ialah bag super grains,
cocoon storage, bunkers, pits tunnel dan silo bag.