Page 9 - EBOOK NURULHANUN ZULKIFLI
P. 9

menjejaskan kualiti beras.                  Antara  kaedah  yang  sering

               dijalankan  ialah  dengan  kaedah  fumigasi,  kawalan  suhu  dan


               penggunaan  produk  tumbuhan  dalam  mengawal  pembiakan

               kumbang beras. Kawalan menggunakan kaedah fumigasi boleh


               digunakan untuk semua jenis bijirin. Dengan menggunakan metil

               bromida,  kaedah  dijalankan  dalam  keadaan  ptotokol  khusus


               yang selamat dan mengikut keperluan khas. Metil bromida akan

               mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti bawang putih.


               Namun  begitu,  kaedah  fumigasi  yang  menggunakan  metil

               bromida memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana gas


               ini boleh merosakkan lapisan ozon. Oleh itu, penggunaan gas ini

               telah diharamkan. Selain metil bromida, gas fosfin juga berkesan

               dalam  mebasmi  kumbang  beras.  Namun  begitu,  kajian  terkini


               mendapati  spesies  ini  telah  beradaptasi  dan  menjadi  imun

               kepada gas ini. Oleh itu,  para biologis telah memperkenalkan


               kaedah fumigasu yang menggunakan etil formate. Etil formate

               bukan sahaja berkesan membasmi serangan kumbang beras, ia


               juga tidak memberi kesan negatif kepada alam dan manusia.


                       Selain  itu,  populasi  kumbang  beras  juga  boleh  dikawal


               melalui  kawalan  suhu.  “The  effect  of  low  temperatures  on  S.

               oryzae  and  S.  zeamais  was  investigated  by  Nakakita  et  al.

               (1997).”  (CAB  International,  n.d).  Menurut  kajian  itu,  proses


               penetasan telur dan metamorphosis spesies S. oryzae ini akan

               terhenti  pada  suhu  15°C.  Kumbang  beras  dewasa  pula  tidak


               subur apabila suhu dinaikkan kepada 40°C. Tetapi, pada suhu
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13