Page 6 - EBOOK NURULHANUN ZULKIFLI
P. 6
PERBINCANGAN
Berdasarkan keputusan yang diperoleh, kedua-dua sampel
mengandungi jumlah bilangan kumbang beras yang hampir
sama, walaupun sampel diperam dalam jangkamasa yang
berbeza. Sampel A iaitu beras sawah padi yang ditanam sendiri
(beras kampung) yang diperam selama 5 bulan mempunyai 26
jumlah keseluruhan kumbang beras manakala sampel B iaitu
beras pulut yang diperam selama 7 bulan mempunyai 32 jumlah
bilangan kumbang beras. Kedua-dua beras ini diperam dalam
bekas yang berbeza di kawasan yang sama suhu dan
kelembapan.
Setelah diteliti, terdapat beberapa kemungkinan yang
mendorong rapitisi pembiakan kumbang beras di dalam sampel
A sehingga hampir menyamai jumlah bilangan kumbang beras
sampel B. Antaranya ialah, padi yang ditanam oleh petani (ibu
bapa pengkaji) tidak disembur racun yang boleh memusnahkan
telur kumbang beras. “Although S. oryzae is primaly a pest of
stored products, it can also attack cereal plants in the field.” (CAB
International). Ini bermakna, spesies kumbang beras ini telah
menyerang dan membiak di dalam sawah padi. Mesin menuai
padi tidak menapis serangga perosak jadi, apabila padi disimpan
di dalam guni, ia membuka ruang kepada telur serangga
perosak licik ini untuk mendapatkan nutrien. Oleh sebab itu,
apabila padi dimesin menjadi menjadi beras, telur yang
tersimpan di dalam padi tadi akan menetas dan menjadi pupa