Page 111 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 111

Sekapur Sirih






               Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

               Era transformasi yang ditelusuri dekad ini sesungguhnya
               menuntut kepada pendekatan yang cekap dan berkesan
               serta  model  pengurusan  yang  terkini.  Pengurusan
               pentadbiran yang tersusun, sistematik dan dinamik akan
               memperkukuhkan mekanisme pentadbiran perkhidmatan
               awam sedia  ada bagi  mengekalkan  momentum  lonjakan daya  saing  negara  di arena
               dunia yang kian mencabar. Pengurusan strategik adalah pendekatan yang begitu kritikal
               kepada  peningkatan  prestasi  berganda  organisasi  melalui  pelaksanaan  komponen
               pengurusan yang lengkap, teratur dan komprehensif.

               Jabatan  Pendidikan  Tinggi  menerusi  Bahagian  Penguatkuasaan  dan  Inspektorat
               merupakan salah satu bahagian yang bertanggungjawab memantau dan mengawal selia
               Institusi  Pendidikan  Tinggi  Swasta  untuk  memastikan  semua  dasar  dan  peruntukan
               undang-undang di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan
               peraturan-peraturan  di  bawahnya  dipatuhi.  Setiap  Institusi  Pendidikan  Tinggi  Swasta
               yang beroperasi sebagai pemberi perkhidmatan pendidikan tinggi perlu faham bahawa
               peruntukan Aktas 555 adalah bagi menjamin kualiti pendidikan selain melindungi hak dan
               kebajikan pelajar.

               Di  harapkan  Kompendium  Siasatan,  Pengkompaunan  dan  Pendakwaan  ini  dapat
               memberi manfaat dan panduan kepada semua pihak di Jabatan Pendidikan Tinggi dalam
               melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan. Semoga semua Institusi Pendidikan Tinggi
               Swasta  berupaya  melonjakkan  kecermerlangannya  melalui perkembangan  yang  sihat
               dan penyediaan pendidikan yang berkualiti.



               YBhg. Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak
               Ketua Pendaftar
               Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
               Jabatan Pendidikan Tinggi
               Kementerian Pengajian Tinggi
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116