Page 113 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 113
Setitis Tinta
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan
Pendakwaan telah dapat dibangunkan dan
diterbitkan dengan jayanya.
Sejajar dengan pindaan Akta 555 dan Peraturan-
peraturan di bawahnya, pegawai penyiasat perlu sentiasa dibekalkan dengan maklumat
yang tepat supaya tindakan perundangan yang diambil adalah berkualiti. Kompendium
ini merupakan salah satu medium yang membantu pegawai penyiasat dalam
menyediakan dan membekalkan maklumat berhubung proses siasatan, pengkompaunan
dan pendakwaan yang lengkap supaya tindakan penguatkuasaan yang dilakukan adalah
seragam, betul dan lebih sistematik serta berkualiti.
Semoga dengan penerbitan kompendium ini dapat memberi kefahaman yang sama
kepada semua pegawai dan staf di Bahagian ini khususnya pegawai penyiasat.
Kompendium ini juga bukan sahaja membantu pegawai penguatkuasa malah menjadi
bahan rujukan kepada pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Tinggi berhubung aktiviti
penguatkuasaan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pegawai Seksyen Penguatkuasaan di atas usaha merealisasikan penerbitan
Kompendium Pemeriksaan dan Penyiasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan ini.
Dr. Wan Baharudin bin Wan Mahmood
Pendaftar
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat