Page 112 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 112
Seulas Pinang
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta mempunyai
peranan dan tanggung jawab yang tidak kurang
pentingnya jika dibandingkan dengan institusi
pengajian awam. Pengurusan dan pengoperasian
yang mantap serta penawaran kursus yang
bersesuaian dengan permintaan semasa menjadikan
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta sebagai tumpuan untuk menyambung pengajian ke
peringkat seterusnya. Justeru, amatlah penting bagi Jabatan Pendidikan Tinggi
memastikan pengawalseliaan dan penguatkuasaan terhadap institusi-institusi ini
adalah berterusan bagi memastikan kualiti perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan
adalah terjamin.
Semua pegawai yang melaksanakan tugasnya perlu memahami tatacara yang sesuai
dan tepat supaya tugas yang dilaksanakan tidak terpesong daripada peruntukan
perundangan yang berkuatkuasa. Selaras dengan itu, bagi memastikan kecekapan dan
peningkatan prestasi berganda selaku organisasi penguatkuasaan, Kompendium
Pemeriksaan dan Penyiasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan telah dihasilkan dan
diterbitkan. Kompendium ini merupakan panduan kepada pegawai penguatkuasa
untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan Akta 555 dan
peraturan-peraturan di bawahnya.
Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat yang telah
berusaha untuk menjayakan penghasilan Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan
Pendakwaan. Semoga pembangunan dan penerbitan kompendium ini boleh
dimanfaatkan oleh semua pihak di Jabatan Pendidikan Tinggi.
YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman
Timbalan Ketua Pendaftar
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi