Page 3 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 3

KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SK PANCHOR

                  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH DAN SALAM SEJAHTERA ……………..

                          Saya  amat  bersyukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  di  mana  dengan  limpah  kurniaNya  dapat  kita
                  bertemu dan bersua muka di majlis Mesyuarat Agung Kali ke-37 ini.  Perjumpaan kita dalam Mesyuarat

                  Agung ini adalah satu peristiwa penting yang diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk mengadakan
                  perjumpaan  antara  pihak  sekolah  dan  para  waris.   Perjumpaan  ini  di  samping  untuk  merapatkan
                  hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, kedua-dua pihak boleh sama-sama berbincang untuk
                  mengetahui  kebolehan,  kelemahan  dan  sebarang  unsur-unsur  yang  dapat  membantu  memajukan
                  prestasi sekolah ini.

                          Dalam  mesyuarat  ini  juga  diharapkan  dapat  membuka  peluang  kepada  kedua-dua  pihak
                  memberikan pemikiran dan tenaga bagi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan

                  saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar SK Panchor meningkat maju dari semasa ke semasa dan dapat
                  menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di Daerah Muar.

                          Di kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama kepada para waris agar sentiasa peka

                  dengan persekitaran kawasan sekolah. Begitu juga minta kerjasama para waris agar   mengehadkan
                  penghantaran anak-anak khususnya anak-anak kita di tahun satu sehingga pintu masuk pagar sekolah
                  sahaja. Tidak perlu menghantar anak-anak hingga pintu kelas. Biar kita pupuk sikap berdikari anak-anak


                  kita sedari tahun satu lagi.
                          Selain itu, kita sebagai ibu bapa perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah
                  dalam mendidik anak-anak kita. Percayalah guru-guru di sini sentiasa memberikan pendidikan yang
                  sama rata tetapi dengan kaedah yang berbeza mengikut kemampuan anak-anak kita. Biarlah kita di

                  pihak  ibu  bapa  memberi  sepenuh  kepercayaan  kepada  pihak  sekolah  yang  perlu  mengendalikan
                  pelbagai karenah anak-anak kita.


                          Bagi  mencapai  kejayaan  seperti  yang  kita  impikan  bukan  mudah,  pastinya  memerlukan

                  pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh bergantung harap kepada pihak
                  sekolah semata-mata, malahan perlu juga menyumbangkan tenaga dan pelbagai sumbangan lain demi
                  perkembangan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua

                  pihak  memainkan peranan masing-masing.

                          Seterusnya  kita  juga  mengharap  kejayaan  yang  cemerlang  bagi  anak-anak  yang  akan
                  menduduki  UPSR  pada  tahun  ini.  Saya  mewakili  ibu  bapa  juga  berharap  pihak  sekolah  akan

                  memberikan yang terbaik kepada anak-anak kami.

                          Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan
                  sekalian sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan.

                  Sekian.  Terima kasih.


                  Rosman Bin Selamat                           3

                  YDP PIBG SK PANCHOR 2017-2019
   1   2   3   4   5   6   7   8