Page 4 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 4

KATA-KATA ALUAN  GURU BESAR SK PANCHOR


                Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

                       ALHAMDULILLAH,  syukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  dengan  izin  dan  limpah  kurnia  dan
                rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam
                Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 2019.
                       Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak
                sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya mengambil kesempatan

                ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas

                dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.
                       SK Panchor, sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap
                tahun  demi  memastikan  pembangunan  sekolah  ini  meningkat  dan  membawa  kebaikan  kepada
                warga sekolah.

                                                              leh warga sekolah baik dalam bidang akademik
                       Kejayaan demi kejayaan telah diterokai o
                mahupun  kokurikulum.  Semua  kejayaan  ini  adalah  hasil  daripada  kesepaduan  muafakat  kita
                bersama.

                       Suntikan  semangat  kejayaan  dan  kecemerlangan  anak-anak  terletak  pada  kita  semua.
                Sesungguhnya  gabungan  usaha,  kerjasama  dan  komitmen  daripada  semua  pihak  amat  penting
                untuk  memastikan  anak-anak  dapat  menempuh  gelombang  perubahan  yang  sentiasa  diduga
                dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi

                material mahu pun idea-idea yang bernas, sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam
                semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan
                dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.

                       Pihak  sekolah  akan  sentiasa  menerima  teguran,  bimbingan,  sokongan  dan  kerjasama
                daripada pihak PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang

                lebih membanggakan. Dalam sudut akademik kita telah mencapai peratus lulus sekolah 75.0% pada
                tahun 2018 dan pada tahun ini kita mensasarkan peratus lulus sekolah 80.4% peratus. Saya yakin

                sasaran tersebut akan tercapai dengan kerjasama dan kesungguhan kita semua.

                       Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG
                Sesi  2017/2019 dan  semua ibu  bapa  yang  telah  memberikan  sokongan  dalam  menyumbangkan

                tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat
                mewujudkan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, sekali lagi saya
                ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG , guru-guru,
                ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Panchor kali ke-37

                ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

                Sekian, terima Kasih.


                Ruslin @ Roslin bin Rahmat
                GURU BESAR SK PANCHOR
                                                           4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9