Page 9 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 9
4.0 Cadangan Bayaran PIBG dan Bayaran Persekolahan Bagi Tahun 2018
4.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat, mengenai bayaran
sumbangan PIBG bagi tahun 2017. Encik Ahmad bin Min mencadangkan
bayaran yuran PIBG bagi tahun 2018 dikekalkan seperti mana bayaran pada
tahun 2017.
4.2 Ahli sebulat suara bersetuju agar bayaran PIBG adalah sebanyak RM 30.00
sekeluarga.
4.3 Guru besar membentangkan cadangan bayaran bagi persekolahan tahun
2019 dan bayaran modul bagi mata pelajaran teras tahun 6.
4.4 Ahli sebulat suara bersetuju dengan bayaran yang dicadangkan.
4.5 Guru Besar juga memaklumkan bahawa bagi murid yang bukan
warganegara, murid tersebut perlu membayar yuran sekolah.
5.0 Perbahasan Usul-Usul
5.1 Pengerusi memaklumkan usul-usul yang telah dihantar kepada pihak
sekolah telah diberi maklumbalas.
5.2 Usul yang dibentangkan oleh Encik Senan bin Sahala meminta pihak sekolah
dapat memantau agar tiada penjualan barang di dalam kelas.
Maklumbalas: Pihak sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling yang
berkaitan dengan larangan menjual barangan di dalam premis sekolah dan
akan diedarkan kepada semua murid pada 26 Februari 2018.
Seterusnya usul dari Pn. Noor Azura binti Awang. Beliau menyatakan
bahawa tiada tempat untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah
kerana ruang atau laluan di belakang sekolah terlalu sempit.
Maklumbalas : Pihak sekolah memohon dan mengharapkan kerjasama
semua ibu bapa dalam memastikan laluan tersebut tidak terhalang dan
tidak mengganggu kenderaan lain.
9