Page 12 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 12

5.11  En. Juhairi bin Abdul Jalil pula meminta agar diwujudkan kaedah yang lebih efektif

                            dalam berkongsi / menyampaikan maklumat yang lebih tepat mengenai hal-hal
                            pembelajaran dalam bilik darjah terutama pelajar tahun 1 agar komunikasi yang

                            lebih  baik  dan  jelas  dapat  diwujudkan  antara  ibu  bapa  dan  guru  disamping

                            membantu  guru  dalam  mendidik  anak-anak.  Beliau  juga  memohon  agar  guru

                            dapat  menyemak  /  menanda  kerja  rumah  yang  telah  disiapkan  supaya  murid-
                            murid  lebih  bersemangat  dalam  melakukan  kerja  rumah.  Beliau  juga  meminta

                            guru memberi ingatan kepada murid-murid tentang keperluan mengepam tandas

                            selepas digunakan

                            Maklumbalas:  Pihak  sekolah  telah  mewujudkan  buku  komunikasi  bagi  setiap
                            pelajar  untuk  menyampaikan  maklumat  kepada  ibu  bapa  termasuklah  guru

                            menghantar whatsapp ke dalam kumpulan whatsapp kelas masing-masing. Pihak

                            sekolah  juga  mengadakan  hari  terbuka  bagi  ibu  bapa  dan  guru  berbincang

                            mengenai pelajar. Untuk makluman pihak sekolah mempunyai jadual semakan
                            latihan buku tulis murid. Guru akan menghantar buku tulis yang telah disemak dan

                            dicop kepada pihak pentadbir untuk pemantauan dan akan diberikan kepada ibu

                            bapa untuk ditanda tangani. Guru Besar menyatakan bahawa guru bertugas akan

                            sentiasa  mengingatkan  murid  dan  menasihati murid  pada  waktu perhimpunan
                            setiap hari.

                     5.12  Pn. Zarina binti Suboh memohon pihak sekolah mewujudkan kelab silat di sekolah

                            bagi murid-murid.

                            Maklumbalas:  Pihak  sekolah  akan  membawa  cadangan  ini  ke  Mesyuarat
                            Pengurusan  sekolah  unit  KoKurikulum.  Pengerusi  memaklumkan  bahawa

                            cadangan  ini  pernah  diusulkan  pada  tahun  2015,  namun,  tiada  sambutan  di

                            kalangan ibu bapa.














                                                          12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17