Page 8 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 8

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-36







              Tarikh        :      25 Februari 2018
              Hari          :      Ahad

              Masa          :      11.30 pagi

              Tempat        :      Dewan Serbaguna, Sekolah Kebangsaan Panchor


              AGENDA

              1.0     Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)

                      1.1    Kata alu-aluan oleh pengerusi.
                      1.2    Pengerusi  mengucapkan  terima  kasih  kepada  ibu  bapa  dan  guru-guru  yang

                             menghadiri mesyuarat kali ini.

              2.0    Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-36

                      2.1   Pn. Siti Hajar binti Mohd Yusoff selaku setiausaha membentangkan minit Mesyuarat

                            Agung PIBG kali ke-36.
                      2.2    Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat yang hadir agar menyemak minit

                             mesyuarat yang telah diedarkan.

                     2.3    Pengerusi  meminta  sebarang  pertanyaan,  bantahan  atau  cadangan  ahli  PIBG

                            berkenaan minit mesyuarat yang lepas. Tiada sebarang pertanyaan, bantahan atau
                            cadangan diberikan.

                      2.4   Pengerusi  meminta  pengesahan  daripada  ahli  yang  hadir  pada  mesyuarat  yang

                            lepas. Encik Mohd Amin bin Idris mencadangkan pengesahan minit mesyuarat dan

                            disokong oleh Puan Zarina binti Mohd Ghorib.
              3.0    Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG Sesi 2016/2017

                      3.1   Pn.  Siti  Marlia  binti  Hamzah  selaku  bendahari  PIBG  membentangkan  Laporan

                            Kewangan Tahunan PIBG 2017
                      3.2    Beliau juga meminta ahli merujuk Laporan Kewangan.

                      3.3   Cadangan pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG  2017 oleh Puan Zarina

                            binti Mohd Ghorib dan disokong oleh Encik Mohd Suhaimi bin Selamat.




                                                            8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13