Page 11 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 11

5.8    Pn.  Nurul  Ain  binti  Ismail  memohon    agar  pihak  sekolah  mempercepatkan

                                                                      pelajar  dan  memohon  pihak  sekolah
                             pemberian  lencana  sekolah  dan  nama
                             mempercepatkan pemberian buku teks yang selebihnya kepada murid.


                             Maklumbalas : Guru Besar memohon maaf atas kelewatan pemberian lencana
                             dan tanda nama murid dan beliau memklumkan bahawa pembekal tidak dapat

                             menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Guru Besar juga memaklumkan bahawa

                             sekolah  perlu  menunggu  pembekal  mengedarkan  buku  teks  ke  sekolah  dan

                             peningkatan perbezaan jumlah murid bagi tahun 2017 dan 2018 yang besar juga

                             adalah penyebab kelewatan pemberian buku teks.

                      5.9    En.  Mohd  Suhaimi  bin  Salamat  pula  meminta  pihak  sekolah  membuat

                             penambahbaikan  bilik  darjah  agar  lebih  selesa.  Sebagai  contoh  kelas  berhawa

                             dingin dan mempunyai almari (locker) dan meminta diadakan pertemuan ibu bapa

                             dan guru bagi mengetahui perihal anak.

                             Maklumbalas  :  Guru  Besar  memaklumkan  bahawa  setiap  kelas  sudah  ada

                             penambahbaikan mengikut PAK 21, namun begitu sekolah juga mempunyai bilik-

                             bilik khas yang berhawa dingin iaitu bilik kecemerlangan, bilik SAL, bilik ICU, bilik
                             Frog VLE, makmal komputer dan perpustakaan. Guru Besar juga memaklumkan


                             bahawa pihak sekolah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama-sama
                             ibu bapa dan guru sekurang-kurangnya dua kali setahun. Guru Besar menyatakan

                             persetujuan  pembinaan  ‘locker’  di  dalam  kelas,  namun  begitu  pihak  sekolah

                             terpaksa  melihat  kepada  bajet  dahulu    dan  meminta  murid  tinggalkan  buku  di

                             bawah meja atau  rak yang telah disediakan buat sementara waktu.


                      5.10  En. Mohd Amir bin Idris mencadagkan agar pihak sekolah mewujudkan hari khas
                             di mana ibu atau bapa perlu hadir ke sekolah bagi menyemak semula buku latihan

                             anak masing-masing seterusnya menandatangani ruangan yang disediakan bagi

                             memastikan  semua  ibu  bapa  lebih  prihatin  dengan  perkembangan  dan  kerja

                             rumah dan latihan yang diberikan oleh guru.

                             Maklumbalas: Untuk makluman pihak sekolah mempunyai jadual semakan latihan

                             buku tulis murid. Guru akan menghantar buku tulis yang telah disemak dan dicop

                             kepada pihak pentadbir untuk pemantauan dan akan diberikan kepada ibu bapa

                             untuk ditandatangani. Surat juga akan diberikan kepada ibu bapa untuk makluman

                             mengenai penghantaran buku.

                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16