Page 10 - BUKU PROGRAM PIBG SHUMEL 2019
P. 10

5.3    Puan Rafidah binti Kassim meminta agar pihak sekolah dapat memperluaskan laluan
                           belakang bagi menghantar dan mengambil anak sekolah dan dijadikan jalan sehala

                           bagi memudahkan pengambilan anak dalam satu masa

                           Maklumbalas: Pihak sekolah telah membenarkan ibu bapa yang menggunakan

                           motor masuk ke kawasan belakang sekolah untuk mengambil anak sebagai

                           kemudahan dan kelancaran lalu lintas.
                    5.4    Encik  Mohd  Firdaus  bin  Ismail  memohon  supaya  ibu  bapa  tidak  berkumpul  di

                           hadapan  pintu  pagar  depan  /  belakang  semasa  menghantar  anak-anak  sebab

                           menyukarkan ibu bapa lain.
                           Maklumbalas  :  Pihak  sekolah  memohon  dan mengharapkan  kerjasama  ibu bapa

                           dalam menghantar dan mengambil anak sama ada di pintu hadapan dan belakang

                           sekolah agar tidak berkumpul dan mengganggu kenderaan lain.
                    5.5    Usul  seterusnya  dari  Encik  Md  Zamri  bin  Abdullah  meminta  pihak  sekolah


                           membenarkan pelajar memakai kasut hitam.
                           Maklumbalas: Pihak sekolah membenarkan murid memakai kasut hitam atau kasut

                           sukan semasa waktu / pada hari yang ada subjek Pendidikan Jasmani dan pada hari

                           Selasa bagi waktu KoKurikulum.
                    5.6    Encik Ahmad Herul bin Kamisan mencadangkan tiga usul iaitu pertama  meminta

                           guru  menyampaikan  kata-kata  semangat  sebelum belajar,  kedua  memohon  agar

                           pelajar membaca doa sebelum belajar di awal pagi dan yang ketiga memohon agar

                           setiap kelas mempunyai motto masing-masing.

                           Maklumbalas : Guru besar menyatakan bahawa semua guru sentiasa memberikan
                           kata-kata semangat sebelum PdPc dan ada guru yang menyampaikan semasa aktiviti

                           permainan atau nyanyian. Guru besar juga menyatakan bahawa amalan bacaan doa

                           telah lama diamalkan dan penggunaan motto sekolah yang sama bagi semua murid
                           dan semua kelas iaitu “Sentiasa Unggul Melebihi Jangkaan”.

                    5.7    Encik  Mohd  Anuar  bin  Palil  mencadangkan  agar  pihak  kantin  sekolah  menjual

                           makanan  berkhasiat  dengan  harga  yang  berpatutan  dan  diharapkan  agar  pihak

                           kantin kurang menjual sosej dan nugget.

                           Maklumbalas : Pihak sekolah memaklumkan bahawa Guru Penolong Kanan HEM
                           telah mengambil tindakan dan memantau penjualan makanan di kantin.



                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15