Page 10 - TATABAHASA 1
P. 10

KATA TANYA        TANDA
                 Siapa              Orang
                 Bila              Masa / pada
                 Di mana           Tempat/ di
                 Ke mana           Tempat / ke
                 berapa            Jumlah/bilangan
                 mengapa           kerana
                 Apa               ialah
                 bagaimana         Melalui/dengan


               contoh:

               Bina ayat tanya daripada ayat penyata .


               1.  Nama ayah saya Ibrahim.                 ➝ Nama ayah awak siapa?
               2.  Dia akan datang petang ini.             ➝ Dia akan datang bila?
               3.  Dia akan datang pada pukul 5:00 petang.   ➝ Dia akan datang bila?
               4.  Dia ke Kuala Lumpur.                    ➝ Dia ke mana?
               5.  Tiga ekor kucingnya.                    ➝ Berapakah kucingnya?
               6.  Dia menangis kerana sedih.              ➝ Dia menangis mengapa?
               7.  Sebab pencemaran  ialah  sikap manusia.   ➝ Sebab pencemaran apa?
               8.  Saya ke sekolah dengan bas.             ➝ Awak ke sekolah bagaimana?
               9.  Saya ke sekolah melalui jalan darat.     ➝ Awak ke sekolah bagaimana?



               NOTA KESALAHAN KATA, ISTILAH DAN BAHASA (3d)
               PERBEZAAN APA-APA ↔APA, MANA-MANA↔MANA, SESIAPA ↔SIAPA
                   •  APA-APA, MANA-MANA DAN SESIAPA - digunakan dalam ayat penyata(.)
                       Contoh:
                          1.  Saya tidak nampak apa-apa pun di dalam bilik itu.
                          2.  Awak pilihlah mana-mana baju yang awak suka.
                          3.  Sesiapa yang bersalah akan dihukum.

                   •  APA, MANA DAN SIAPA – digunakan dalam ayat tanya (?)
                       Contoh:
                          1.  Apakah yang kamu nampak di dalam bilik  itu?
                          2.  Yang manakah baju pilihan kamu?
                          3.  Siapakah yang bersalah?


               FORMULA  KATA ADJEKTIF DAN KATA PENGUAT
                 Kata penguat    Kata penguat          Kata adjektif           Kata penguat
                 X              ter                       cantik            X
                 X              teramat                   cantik            X
                 X              tersangat                 cantik            X
                 X              paling                    cantik            X
                 X              -                         cantik            sekali
                 -              amat                      cantik            -
                 -              sungguh                   cantik            -
                 -              sangat                    cantik            -
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15