Page 35 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 35
1.12 PERINTAH AM
Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah
Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi
Perintah Am tersebut.
1 Guru sebagai kakitangan perkhidmatan awam adalah tertakluk kepada peraturan-
peraturan perkhidmatan awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pelanggaran mana-mana
peruntukan peraturanperaturan ini akan mengakibatkan seseorang pegawai itu
dikenakan tindakan tatatertib. Rujuk Perintah Am Bab D, Peraturan 4:
1.1 Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberi taat
setia yang tidak berbelah bagi kepada DYMM YDP Agong, negara dan kerajaan.
1.2 Seseorang pegawai tidak boleh:
1.2.1 Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan sendiri.
1.2.2 Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awam.
1.2.3 Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa; Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai
seorang pegawai awam, atau;
1.2.4 Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.
1.2.5 Berkelakuan dengan demikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam.
1.2.6 Kurang cekap atau kurang berusaha.
1.2.7 Tidak jujur atau tidak amanah.
1.2.8 Tidak bertanggungjawab.
1.2.9 Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan
awam, sama ada tuntutan anggota-anggota awam yang lain
1.2.10 Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
29