Page 38 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 38
1.13 PIBG SMK RAJA ABDULLAH
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di
semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan
pembelajaran murid di sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian
antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang
kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.
1.13.1 TUJUAN-TUJUAN PIBG
2. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-
murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
3. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan
kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
4. Untuk membolehkan PIBG dalam sekolah bertukar-tukar fikran dan maklumat mengenai
pendidikan.
5. Untuk memberi peluang kepada PIBG dalam sekolah berunding antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.
6. Untuk membolehkan PIBG dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah
dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran
dan pembelajaran.
1.13.2 FUNGSI PERANAN PIBG
1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
sekolah.
3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
sekolah dengan masyarakat setempat.
4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif
bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
32