Page 43 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 43
1.15 PENGURUSAN BILIK SUMBER/APD
Pengurusan adalah proses perancangan, penyusunan, penagarahan dan pengarahan usaha-
usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan
berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah
institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat
atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Dalam usaha untuk memantapkan dan
memajukan lagi sistem pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam
pelaksanaan pelbagai program berkaitan Pusat Sumber Sekolah, Sehubungan itu, melalui
Waran Peruntukan B.41 Kementerian Pelajaran Malaysia, setiap sekolah telah diperuntukkan
seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sepenuh
masa. Pelantikan ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan
dankepimpinan pengurusan pusat sumber sekolah yang lebih cemerlang dan
berkesan.Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) merupakan satu
usaha.Kementerian yang sememangnya dinanti-nantikan. Namun kebanyakan pihak pentadbir,
kurang jelas tentang bidang tugas GPM dan beranggapan masa yang diberikan kepada GPM
iaitu 6 hingga 8 waktu mengajar adalah terlalu sedikit. Walaupun pada dasarnya sebanyak
lapan belas senarai tugas yang telah disenaraikan. PSS perlu diurus dengan baik dan teratur.
Ini termasuklah penjadualan dan system pinjam meminjam peralatan, bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran dan kemudahan yang sentiasa dikemaskinikan.
Ciri-ciri pusat sumber sekolah (PSS) yang berkesan ialah:
• Akif - Terdapat pelbagai aktiviti yang menggalakkan penggunaan PSS sebagai contoh:
Minggu membaca, pertandingan PSS dalam kelas.
• Lokasi - Kawasan PSS yang mudah dikunjungi oleh pelajar. sebagai contoh: di tengah-
tengah kawasan sekolah.
• Koleksi - Bahan-bahan mestilah mengikut perkembangan semasa serta menarik dan
menyediakan bahan yang sesuai dan mencukupi.
37