Page 48 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 48

3.  Kurikulum sekolah:

                         3.1  Adalah  berasaskan  Kurikulum  yang  merangkumi  perkara-perkara  seperti

                              kursus  pengajian,  sukatan  pelajaran  penjadualan  waktu  pembelajaran,

                              pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah
                              (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan

                              yang dicadangkan, dihasilkan dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di
                              peringkat sekolah.


                         3.2  Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum
                              tersirat.


                             i.   Kurikulum  tersurat  –  aspek-aspek  yang  telah  ditetapkan  dan  dinyatakan
                                  secara  jelas  dan  terang  seperti  mata  pelajaran,  sukatan  pelajaran,

                                  peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran dan
                                  pengurusan pengajaran.


                            ii.   Kurikulum tersirat – unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai
                                  pengaruh  dan  memainkan  peranan  yang  berkesan  terhadap  proses

                                  kurikulum.


                         3.3  Panitia mata pelajaran:


                         •  Merancang  dan  menyelaras  pengurusan  mata  pelajaran  masing-masing,
                             memperbaiki  dan  meningkatkan  mutu  dan  kekesanan  pengajaran  dan

                             pembelajaran.

                         •  Memperbaiki  dan  mendapatkan  strategi-strategi  mengajar  yang  inovatif

                             mengikut perkembangan pendidikan semasa.

                         •  Memperbaiki  prestasi  murid-murid  di  dalam  peperiksaan  sekolah  atau

                             peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan.


                         •  Mewujudkan  semangat  bekerjasama  di  antara  panitia  mata  pelajaran  dan
                             persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.















                                                           42
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53