Page 49 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 49
4. Kokurikulum sekolah:
4.1 Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid
harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Sekolah juga bertanggungjawab
dalam menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana
masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama dalam mendidik
murid-murid tersebut.
4.2 Antara matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah:
i. Menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di
kalangan murid-murid.
ii. Memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-
murid.
iii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam
sekolah dan di antara sekolah-sekolah.
iv. Membina dan meningkatkan suasana sekolah supaya lebih menarik dan
menggembirakan.
v. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala di antara
sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
5. Kewangan sekolah:
Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu pengetua.
Perbelanjaan kewangan mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Peraturan itu
termasuklah pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan
penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja perlulah dilaksanakan secara
betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran perjalanan sekolah.
Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pengetua
untuk membuat perancangan awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan. Maka wang
yang diperuntukkan kepada sekolah dan lain-lain wang dapat dibelanjakan secara
berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada sekolah amnya.
43