Page 47 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 47
2.2 Peranan guru
a) Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:
• Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan potensi pelajar-pelajar dalam
proses pembelajaran.
• Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu bersikap
positif, kreatif dan inovatif.
• Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan
serta bersistematik.
• Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan
pendekatan yang lebih bersifat ‘resource base’ dalam proses pengajaran.
• Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori,
pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
• Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap
pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
• Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat
yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti
pendidikan.
• Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan
masyarakat yang penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta
semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
• Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi
yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik
dan peka terhadap persekitaran luaran.
• Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang
rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
• Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej
kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek
motivasi diri.
41