Page 45 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 45

1.16 CARA PENGURUSAN SEKOLAH DIJALANKAN

                  Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan
                  adalah penting bagi sesebuah sekolah. Tanpa pengurusan yang cekap, proses pengeluaran

                  tidak dapat berjalan dengan baik. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam

                  sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal atau tidak formal.
                  Untuk menguruskan sesebuah organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya

                  memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

                       Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan

                  saling bertukar ganti. Definisi pengurusan adalah lebih kurang sama dengan pentadbiran,

                  iaitu  proses  mengarah,  mengawal  sesuatu  institusi  yang  melibatkan  perancangan.  Istilah
                  pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih mengutamakan perkhidmatan berbanding

                  keuntungan.  Walau  bagaimanapun,  ramai  yang  bersetuju  bahawa  pentadbiran  dan
                  pengurusan tiada perbezaan.


                     Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah:

                     •  Pengendalian

                     •  Matlamat

                     •  Kualiti
                     •  Keberkesanan

                     •  Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia


                   1.  Tugas pentadbiran sekolah:

                         1.1  Proses pentadbiran sekolah
                         Proses  pentadbiran  mestilah  bermula  dengan  merancang  kemudian  membuat

                         keputusan  serta  memberitahu  keputusan  yang  telah  diambil,  mengadakan  proses
                         kawalan  untuk  mencapai  keputusan  yang  telah  ditentukan  dan  menilai  kembali

                         aktiviti-aktiviti. Pusingan ini dapat membantu pengetua dalam menjalankan fungsi

                         pentadbiran sekolahnya.

                         1.2  Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut:


                         •  Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah.

                         •  Mencari maklumat, menentukan sumber dan menyediakan khidmat bimbingan.
                         •  Mencadangkan  polisi-polisi,  tindakan  dan  memberi  cadangan-cadangan
                             alternatif.






                                                           39
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50