Page 39 - LAPORAN ROKKS FRONT COVER
P. 39
1.14 KELAB GURU DAN KAKITANGAN SMK RAJA ABDULLAH
1.14.1 Matlamat
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar
suasana bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah ini lebih kondusif dan
produktif.
1.14.2 Tujuan Penubuhan
1. Mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan kakitangan
dengan syarat tiada 'faedah' atau bermotifkan keuntungan.
2. Membolehkan guru-guru dan kakitangan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat
dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.
3. Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.
Fungsi kelab guru dan kakitangan adalah untuk menjalankan aktiviti atau program
bagi mencapai tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara seperti:
1. Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan kakitangan serta menjaga
kebajikan mereka
2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan sosial
antara guru-guru dan kakitangan serta sekolah.
1.14.3 Keahlian
i. Terbuka kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja
Abdullah. Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik.
Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai
Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan. Jawatankuasa ini dilantik oleh
ahli setiap mesyuarat agung tahunan setiap tahun.
ii. Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan hendaklah terdiri daripada
Guru atau Kakitangan yang masih lagi berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Raja Abdullah. Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab
layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.
iii. Perlantikan jawatankuasa yang baru hendaklah diadakan setiap tahun dan
diadakan secara undian. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi
33