Page 141 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 141

SK IPGM PERLIS                                       MANUAL PENGURUSAN              2019



                   5.  Melibatkan  Jawatankuasa  Bimbingan  Murid  Sekolah  (JBPS),  Persatuan  Ibu
                       Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan
                       pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
                   6.  Merekodkan dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
                   7.  Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid.
                   8.  Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.
                   9.  Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari semasa ke
                       semasa.
                   10. Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam
                       aktiviti kokurikulum.
                   11. Merancang  dengan  teliti  aktiviti  kokurikulum  bagi  mencapai  objektif  yang
                       dikehendaki.


                               DASAR KOKURIKULUM (SUKAN DAN PERMAINAN)

                   1.  Semua dasar kokurikulum sekolah adalah selari dengan dasar Kementerian
                       Pendidikan Malaysia.
                   2.  Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah wajib.
                   3.  Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
                   4.  Penyertaan semua guru dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan
                       kokurikulum di sekolah adalah wajib.
                   5.  Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan
                       maksud  mempunyai  matlamat,  objektif,  kaedah  pelaksanaan  dan  kurikulum
                       kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
                   6.  Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
                       penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan
                       tetapi memfokuskan kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan
                       murid-murid. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.
                   7.  Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid
                       atau  orang  perseorangan  (atas  penyertaan,  penglibatan  dan  pencapaian
                       masing-masing  dalam  bidang  kokurikulum  di  sekolah).  Penghargaan  tidak
                       hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah
                       juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik.
                   8.  Penglibatan  semua  murid  dalam  kegiatan  kokurikulum  mengikut  bakat,
                       kebolehan dan minat.
                   9.  Semua murid wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang
                       dianjurkan, satu unit beruniform, satu kelab persatuan dan satu kelab sukan
                       permainan.
                   10. Pengecualian murid menyertai aktiviti kokurikulum hanya dengan pengesahan
                       daripada doktor.



                                                           136
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146