Page 144 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 144
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
7. Laporan aktiviti mesti ditulis oleh setiausaha kelab sukan dan disemak oleh
guru penasihat seterusnya disahkan oleh Penyelaras Kelab Sukan.
8. Laporan aktiviti mesti dibuat dan dihantar pada hari yang sama ke bilik GPK
Ko.
9. Murid wajib membawa buku Rekod Penilaian Sekolah Rendah setiap kali
perjumpaan diadakan.
10. Peminjaman jersi dan alatan sukan perlu dihantar semula dalam tempoh
seminggu selepas pertandingan tamat.
11. Peminjaman dibuat oleh Pengurus Pasukan melalui Penyelaras Stor Sukan.
12. Pengurus Pasukan perlu bertanggungjawab jika terdapat sebarang kerosakan
atau kehilangan jersi atau alatan sukan yang dipinjam.
13. Sebelum menyertai sesuatu pertandingan, setiap pasukan mesti membuat
persediaan yang terancang.
14. Aspek latihan dititik beratkan melibatkan peringkat persediaan umum dan pra-
pertandingan.
15. Murid dan guru perlu sentiasa komited dan berusaha untuk meningkatkan
prestasi sukan sekolah.
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH
1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek)/OPPM.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari
Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang
akan digunakan.
139