Page 147 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 147
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2019
7. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan
rekod.
8. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.
9. Semua penyelaras bertanggungjawab ke atas rekod kehadiran guru dan
murid serta data penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah .
BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT KELAB PERSATUAN / PEMIMPIN UNIT
BERUNIFORM
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli
Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan
Beruniform/ Kelab Persatuan .
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diurus dengan
baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ PKP/
negeri /kebangsaan/ antarabangsa dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
13. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
14. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
15. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang
diwakili.
16. Memastikan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
17. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
18. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
19. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
20. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
142