Page 142 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 142

SK IPGM PERLIS                                       MANUAL PENGURUSAN              2019



                   11. Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.
                   12. Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti
                       kokurikulum dijalankan.
                   13. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat
                       kebenaran ibu bapa / penjaga murid dan pihak sekolah.
                   14. Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah
                       sahaja ketika menjalankan aktiviti kokurikulum.
                   15. Mesyuarat Induk Kokurikulum perlu sekurang-kurangnya diadakan 4 kali dalam
                       setahun.
                   16. Mesyuarat  Unit  Kokurikulum  perlu  diadakan  sekurang-kurangnya  2  kali
                       setahun.
                   17. Mesyuarat  unit-unit  kecil  kokurikulum  (Mesyuarat  Agung)  perlu  diadakan
                       sekurang-kurangnya sekali setahun.
                   18. Setiap  kali  mesyuarat  dijalankan,  minit  mesyuarat  perlu  dikeluarkan  dan
                       diedarkan dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat diadakan.
                   19. Fail Kelab / Persatuan, Unit Beruniform dan Kelab Sukan yang disimpan di bilik
                       Guru  Penolong  Kanan  Kokurikulum  perlu  dikemaskinikan  dari  semasa  ke
                       semasa.
                   20. Penyelaras  Unit  Beruniform,  Penyelaras  Persatuan  /  Kelab  dan  Penyelaras
                       Kelab Sukan perlu membuat Penilaian Kokurikulum untuk setiap murid di akhir
                       tahun.

                                             DASAR UNIT BERUNIFORM


                   1.  Aktiviti bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang. Dua kali dalam sebulan.
                   2.  Setiap Unit Beruniform mesti mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya
                       12 kali setahun.
                   3.  Setiap peminjaman khemah dan alatan Unit Beruniform mesti direkodkan.
                   4.  Sebarang  kerosakan  khemah  dan  alatan  Unit  Beruniform  semasa  aktiviti
                       dijalankan adalah di bawah tanggungjawab guru yang terlibat.
                   5.  Sebarang pembatalan aktiviti mesti dimaklumkan sehari lebih awal.
                   6.  Murid wajib memakai t-shirt unit beruniform masing-masing setiap kali aktiviti
                       dijalankan.
                   7.  Guru terlibat di dalam Unit Beruniform  dan hendaklah memakai baju seragam
                       unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
                   8.  Laporan aktiviti mesti ditulis oleh setiausaha unit beruniform dan disemak oleh
                       guru penasihat seterusnya disahkan oleh penyelaras unit beruniform.
                   9.  Laporan aktiviti mesti dibuat dan dihantar pada hari yang sama ke bilik GPK
                       Ko.






                                                           137
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147