Page 148 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 148

SK IPGM PERLIS                                       MANUAL PENGURUSAN              2019



                                   BIDANG TUGAS GURU SUKAN PERMAINAN

                   1.  Membentuk jawatankuasa.
                   2.  Merancang  meningkatkan  pengetahuan,  kemahiran  dan  minat  murid  dalam
                       permainan.
                   3.  Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
                   4.  Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
                   5.  Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
                       sekolah.
                   6.  Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/ Kelas/ Sekolah.
                   7.  Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
                   8.  Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk ke pertandingan luar
                       sekolah.
                   9.  Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
                   10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
                   11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
                   12.Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan
                        baik, selamat  dan mencukupi untuk digunakan.
                   13.Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
                   14.Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
                        mempertingkatkan pencapaian.
                   15.Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(Johan
                        PKP/negeri,  wakil PKP/negeri dan negara).
                   16. Menghadiri  kursus  permainan  yang  dianjurkan  oleh  Jabatan  Belia,
                       Kebudayaan & Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
                   17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


                                      BIDANG TUGAS GURU RUMAH SUKAN
                                               KETUA RUMAH SUKAN

                   1.  Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
                   2.  Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
                   3.  Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan murid yang meliputi olahraga dan
                       permainan.
                   4.  Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
                   5.  Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat
                       sekolah.
                   6.  Sentiasa  berbincang  dengan  Setiausaha  Sukan  /  Penolong  Kanan  HEM  /
                       Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
                   7.  Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan  disediakan untuk edaran dan rekod.



                                                           143
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153