Page 8 - Novel Darah di Semantan
P. 8

SINOPSIS





         di  bawah  jagaan  Datuk  Panglima  Raja

         sementara Imam Perang Weh menjaga Pasir Tuk


         Anjang.  Tuk  Muda  Bidin,  Datuk  Bahaman,  Mat


         Lela,  dan  Tuk  Selampit  pula  di  Lubuk  Sengarat.

         Desborough                            ditugaskan                         Inggeris                    untuk


         mengetuai  lima  puluh  orang  mata-mata

         Inggeris  yang  akan  tiba  bersama  dengan  tiga


         ratus  orang  askar  sultan.  Datuk  Bahaman


         berpesan kepada pengikut-pengikutnya supaya

         berundur  jika  mereka  terlihat  askar-askar  sultan


         bercampur dengan mata-mata Inggeris. Hampir

         waktu senja, Desborough tiba di Lubuk Terua. Di


         dalam  perahunya  tidak  kelihatan  askar-askar


         sultan.  Sebaik-baik  sahaja  haluan  perahu

         Desborough bertentangan dengan rantai yang


         merentang  Sungai  Semantan,  Datuk  Bahaman

         pun  menarik  rantai  itu.  Perahu  Desborough


         terbalik.                Desborough                         dan            orang-orangnya


         tercampak  ke  dalam  air.  Bambu  runcing

         menghujani  orang-orang  Desborough.  Perahu-


         perahu lain tidak jadi  mudik.  Askar-askar  sultan
                                                                                                                         8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13